Friday, August 13, 2010

APLIKASI MM

MM merupakan induk mikrobes yang berada dalam keadaan doman. Perlu diaktifkan dahulu sebelum digunakan. Teknik fermentasi merupakan satu cara yang biasa digunakan.


Satu (1) liter MM Doman dapat diaktifkan kepada 20 liter MM Aktif sebelum diaplikasikan.


CARA MENGAKTIF MASTER MICROBES (MM)


Gunakan bekas 20 liter yang mempunyai penutup
Pastikan bekas berkenaan bersih.
Masukkan 18 liter air tanpa klorin ke dalam bekas, jika air paip digunakan, dedahkan kepada cahaya matahari air berkenaan terlebih dahulu sehari.
Tambah 1 liter Molases (boleh juga guna gula merah) dan kacau hingga larut.
Tambah 1 liter MM dan kacau hingga larutkan.
Tutup bekas sehingga rapat dan simpan ditempat gelap.
Lepaskan gas yang dihasilkan pada hari ketiga dengan membuka penutup botol dan ketatkan kembali penutup botol berkenaan.
MM Aktif boleh digunakan selepas hari ketujuh.


MM Aktif perlu dicampur air bersih tanpa klorin sebelum digunakan dengan nisbah berikut :-


Bagi tujuan pereputan nisbah MM Aktif dengan air 1:50
Bagi menghilangkan bau (odor) nisbah MM Aktif dengan air 1:100 atau 1:200
Bagi minuman ternakan (pribiotik) nisbah MM Aktif dengan air 1:200
Bagi rawatan kolam ternakair nisbah MM Aktif dengan air 1:500 hingga 1:1000
Bagi rawatan kolam dan tasik nisbah MM Aktif dengan air 1:10,000 ditambah mudball.
MM Aktif boleh diguna dalam tempoh satu bulan.
Jauhkan MM Aktif daripada cahaya dan suhu terlalu tinggi.


MM Doman boleh Disimpan sehingga setahun.


Kegunaan Master Microbes (MM)



Baja Pertanian





Mikrobes baik bermanfaat yang disembur kepada tanaman dan pangkal tanaman akan membaiki struktur baja dalam tanah akan mengeluarkan hasil yg berkualiti dengan tumbesaran yg optima.

Binatang Ternakan



Aplikasi MM yang disembur pada najis haiwan dapat menghapus bau busuk binatang, menyembuhkan penyakit. Campuran campuran dalam makanan dan minuman ternakan agar ternakan menghasilkan daging, telur, susu dan ikan bermutu tinggi.

Pengurusan sisa Pepejal

Dapat kitar semula sisa organik seperti sampah rumahtangga , rumput dan sebagainya. Dengan menyembur MM, ia dapat dijadikan sebagai baja kompos.

Rawatan Air



Mengurangkan bau busuk, mengawal pencemaran air dan membaiki ekosistem biodiversity.

Kegunaan Rumahtangga



Menghilangkan bau busuk bila disembur dalam tandas, bilik air sertamenumpaskan bakteria jahat.

No comments:

Post a Comment